My Blog List

Thursday, May 4, 2017

Rehat mikat, memancing pulak..

Aktiviti  : Memancing
Lokasi   : Laut Dalam, Bachok, Kelantan
Tarikh   : 29 - 30 April 2016


Assalamualaikum,
        Dengan lafaz Bismillah, saya memulakan bicara, pada minggu sudah bersama kawan2 sekerja, setelah berbulan2 merancang akhirnya jadi jugak trip memancing di daerah Bachok, Kelantan dengan kekuatan ahli seramai 6 orang, ditambah dua orang lagi anak Pok Te dengan isterinya, Diketuai oleh Pok te (Rostan), Bob (Zaini), Gorgon (Lan), Shukri, Abg Megat dan saya sendiri, dengan menaiki 2 biji kereta.Tempat berkumpul di rumah Bob pada pagi sabtu, kami memulakan perjalanan pada pukul 6.30 pagi dari Ipoh dengan menaiki 2 buah kereta, dalam perjalanan singgah makan pagi dulu dilenggong, sebab perut dh berkeroncong, Al maklum laa saya memang suka makan awal pagi, selepas tu meneruskan perjalanan ke Tanah Merah untuk menghantar isteri Pok Te ke kampung isterinya.
       Tiba dikampung isteri Pok Te dalam pukul 1.00 tengahari, disambut oleh mak mertua Pok Te dengan penuh senyuman, sampai dirumah isteri Pok Te, lauk pauk pun terhidang diruang tamu menanti untuk dimakan, apalagi rehat lebih kurang bagi menghilangkan lenguh2 badan, kami semua pun membasuh tangan dan meneruskan agenda kami iaitu makan tengahari, Perrghh...sedap betul makanan orang kampung, setengah jam telah berlalu, selesai makan kami pun meneruskan perjalanan dan tinggallah isteri dan anaknya di kampung, hampir satu jam setengah sampailah kami di kampung Pok Te  Bachok, kami dilayan baik oleh Mak dan Ayah Pokte, sambil menghidangkan air teh 'o' ais, sambil tu kami persiapkan diri dengan baju untuk memancing, takkan nak pakai cantik2 pulak, nak ke laut ni...hahhahahaha....,  selesai semua, kami meneruskan perjalanan kelokasi, sambil tu singgah di Pantai Irama untuk merasai air kelapa, sambil di tiup bayu laut, jam menunjukkan pukul 3.45 petang, mase untuk naik bot pada pukul 4.00 petang, tak sabar benar rasanya, maklum jer laa dah lama tak memancing dilaut, kami semua pun terus bergerak ke jeti Bachok, bermula episod memancing...biarlah gambar yang berbicara...





No comments:

Post a Comment